Loading...

kenali Kolej Teknologi Timur KTT sepang

first and foremost peace be upon you.  entry ini ditulis pada bulan ramadhan yang mulia. jadi ...


first and foremost peace be upon you. 

entry ini ditulis pada bulan ramadhan yang mulia. jadi nak tanya sikit, pergi tak terawih tadi? aku tak pergi tadi. miss sudah 1 malam. ada 25 malam lagi. ahakss.

ok. dalam entry ini aku nak membawa korang mengenali latar belakang kolej teknologi timur KTT yang terletak di sepang. basically, KTT adalah sebuah kolej sangat biasa tapi pelajarnya mantap. bukan aku, tapi dieorang. acece. bunyi macam membodek pulak.. mana ada, mula-mula, kena puji dulu nak bagi impression tinggi sikit. jahat kan.

kalau korang nak tahu, KTT ni takda lah besar sangat pun. nak dibandingkan dengan MSU? Taylor college? Sunway college? kolej ape lagi ek yang ada? tak kisahlah, sangatlah jauh bezanya jika nak dibandingan dari segi saiz. kalau korang survey blog orang lain yang cerita pasal ktt pun, mesti dieorang akan cakap jugak yang ktt ni macam rumah kedai yang ada tangga kat celah-celah yang boleh membawa korang semua ke dimensi lain. 

yes. betullah yang dieorang cakapkan tu. so, bila korang yang nak datang ke ktt ni, janganlah culture shock sangat. biasanya yang terkejutnya adalah pelajar tajaan JPA atau MARA sebab dieorang datang dari pelusok negeri, ada kelantan, johor, penang, borneo dan lain-lain. kalau student diploma kerjasama dengan UPM atau universiti lain, rasanya dieorang dah tahu secara details kot tentang ktt ni.

nora danish mengerjakan umrah. cantik kan?
kat sini, bagi sesiapa yang makanan rujinya adalah SUBWAY, KFC, mcD, Pizza Hut dan lain-lain, aku nasihatkan sila makan sepuas-puasnya di rumah korang sebab kat sini, untuk menikmati hidangan sebegitu memang tidak ada. kalau macam kes darurat macam tak tahan sangat, bolehlah pergi KFC bandar baru salak tinggi ke, KFC Giant Nilai ke. kat sana ada.

tapi jangan risau. cool blog pasti akan dapat memenangi hati korang bila korang belajar kat ktt nanti. cewah. mentang-mentanglah aku ni pelanggan cool blog tegar. eh. bukan aku. aidid and the geng. hehe. dieorang lagi tegar. tiap hujung minggu, confirm keluar ke Giant Nilai untuk memlempiaskan hawa nafsu mereka, (aku pun join jugak) akekeke. ktt sangat dekat dengan bandar nilai negeri sembilan. so, kalau nak beli pape, kiteorang selalu serang giant nilai atau tesco nilai. 

soal makanan aku rasa tidak akan menjadi masalah sebab di ktt terdapat banyak makanan halal. antaranya kafe mamak, kafe ayahanda dan makcik kancil a.k.a makcik 'hehehe' (gelaran yang berjaya kami berikan sepanjang 1 tahun berada disana) makcik tu tak tahu pun kiteorang panggil camtu kat dia sebab dia sangat sporting. kalau ditanya, aku prefer makan kat makcik kancil sebabnya harganya lebih murah. 

kalau kes nak jimat, beli je ayam 1 ketul RM1, pastu masak nasi sendiri kat rumah. lagi jimat. yang ni aku buat masa sem 2 sebab time tu elaun JPA dah habis bayar repeat paper AS. sob3. haha. berapa ek? emm.. RM300+ kot. wakaka! padan muka. siapa suruh tak buat betul-betul masa AS. asyik balik Gombak je keje, maklumlah ada pemandu peribadi. haha. thanks kak nor for being such a good sister to me!

kat kafe ayahanda dan mamak pun ok gak. oh ya. lupa nak gitau yang makcik kancil tu hanya beroperasi waktu siang je. malam, terpaksalah korang menjamu selera di kafe ayahanda atau kafe mamak. ok. soal makanan sudah selesai. 

cara pembelajaran? apesal akhir-akhir entry baru nak cerita ni. haha. biasalah, budak ngeng kan. haha. kejap 'ngeng' tu trade mark syazwan hazim! eh.. bukan ker 'shut up' ke trade mark dia? ntah.. either one lah kot. akekeke. ekceli, cara pembelajaran dia macam university lain lah kot. masuk kuliah, tadah telinga dengar lecturer yang berhati mulia mengajar. 

selain itu, jika anda merasakan terpinggir dengan kemajuan luar, anda boleh keluar dari kepompong itu dengan menaiki teksi ke bandar berhampiran yakni nilai, bandar baru salak tinggi. atau pun ke Alamanda Putrajaya. bayaran sangat mahal jika naik sesorang. nak jimat lagi, silalah mengajak kawan anda untuk menemani anda selain dapat mengelakkan membaziran tempat duduk kosong. :p

nak beli buku kat mana? biasanya semasa sesi pendaftaran mesti senior akan menjual buku-buku terpakai. dan kalau tak pun, kitorang ada Uncle Beh. dia ni tukang amik order pelajar. let say korang tak ada buku application untuk bio yang in fact (tak guna pun), korang call je dia. malam nanti, dia akan datang hantar bersama kereta BMWnya. kadang-kadang naik motor je.

that's all. selamat bersahur. disebabkan aku tak sempat nak transfer gambar ktt daripada hanset ke dalam laptop ni, secara tiba-tiba muncul gambar nora danish kat tengah-tengah entry ni. hahaha. sorry yeop.
ktt 2336827613803354931

Post a Comment

  1. Hahaha.. Menarik... Baru nak tanya nape tibe2 ade gambar Nora Danish kat situ... Hehehe... Saya tak tahu pom awk dapat biasiswa JPA... Tahniah... Even I don't know what the course you take.... Hehehe... Teruk kan kawan macam saya... Saya tak amik kisah orang lain pom, lepas tahu result SPM saya yang tak segempak korang... Sorry for acting such like that... heheheh

    Saya pom ada blog jugak.. Nak promote la nie...

    ReplyDelete
  2. @AZRUL AZMI
    haha.. sorry sangat-sangat sebab sumpah tak sempat nak upload gambar. so, terpaksa nora danish jadi mangsa. ahakss. ehh. Azrul. don't congratulate me lah. i'm no longer at ktt now. so, i'm not JPA scholar anymore. yeayy! haha. kejap. tak segempak? pergh! jangan cakap camtu, kalau ikutkan aku pun tak segempak yang lain. good luck dalam bidang perakaunan. kan? perakaunan kan? hehe. i bet.

    ReplyDelete
  3. i hate KTT the most!
    why? coz the management,system.facilities is the worst!
    even the preparation before exam also the worst! why we never have our own trial paper back for check to track down our weakness?
    i need a lecturer with a lot of experience! and need more time 3months x enough to learn all thing for A2!
    BUT this is my destiny to be here..this is my past..i cant change my fate..idont know what todo..i failed my alevel with one marks less each subject to pass the cut off point..i feel terrible..i just try to find something to be blamed..so..ashamed of me..but i already try all i can struggle for A2 since August till november but still doesnt pass the requirement

    ReplyDelete
  4. kepada anon kat atas. jangan la cakap macam tu. yes yes! i admit KTT is not like Taylor's college or kolej yang gempak-gempak kat kayell tu, tapi kita tak boleh nak pilih benda tu, kita memang sudah ditempatkan disitu untuk buat A-level.

    saya tahu, anon mesti bercakap mengikut emosi, tapi jika anon seorang yang beragama islam, anon mesti percaya apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. dan anon juga mesti at least rasa bersyukur kerana terpilih untuk buat A-level under tajaan JPA atau Mara. dan mungkin Allah ada nak bagi yang lebih baik lepas ni.

    yang pasal facilities tu, hehe. nak tergelak saya/aku/ana/i.. emm.. yang tu agak tidak boleh dinafikan la, memang betul tapi tu lah, nak buat macam mana. kan kita tahu, KTT tu kan sebenarnya rumah kedai kan.(kalau tak silap lah). oh yaa. yang pasal paper tu, a'ah.

    ada jugak dengar kes macam tu, ana/aku/saya pun tak pasti kenapa. hehe. saya pun bersetuju jugak, mesti la kita nak tengok silap kita kan. pasal lecturer tu, saya rasa lecturer semua best-best, macam madam rozila, miss suriany, madam salina, dan ramai lagi.

    memang tidak dapat dinafikan. A2 need more time than AS ekceli. hehe.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. don't judge a book by its cover. KTT best.

      Delete
  6. Saya baru googling nak tahu pasal KTT then tebaca blog anda :) keke. Saya baru mohon courst paramedik dekat KTT. Saya lepasan spm baru 18. Saya ingat KTT punya kolej besar mcm kolej lain. Rumah kedai je ke? hurmm terus macam tak beminat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama sekali terima kasih kerana sudi singgah sini. Yeke. Tahniah. Memang betul, KTT sangat tak besar tapi kadang-kadang best juga sebab tak perlu jalan jauh-jauh untuk ke kelas. jalan 5 minit dah sampai. hehe. lepas tu belajar kat sini dapat save banyak duit dan masa awak takkan bazir dengan begitu sahaja.

      Delete
  7. entry mantap! even banyak kurang dari lebih, alhamdulillah selesai jugak diploma dekat sana. mana ada benda yang perfect. dan sebenarnya duduk kt ktt tu, tak seteruk yang orang lain sangka kan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi singgah kat sini and dropping some comments. wah. tahniah tahniah! ye ye. betul-betul. KTT walaupun nampak macam tu, tapi ada something yang takda kat tempat lain. aceh.

      Delete
  8. Assalamualaikum :)
    saya nak tanya sikit boleh tak ?
    kalau nak masuk Ktt ,
    ade kredit macam dekat U/Kolej lain ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam ye dik :)

      boleh.
      kat KTT ada banyak program yang ditawarkan. contohnya program A-Level dan Diploma. untuk program A-Level, sistem kredit tak diguna pakai. untuk Diploma pula, setahu saya sistem kredit diguna pakai macam U lain. (kalau salah tolong perbetulkan)

      Delete
  9. asalammualaikum..saya baru ja dapat tawaran dari KTT ,,Boleh tak ,kalau saya nak tahu tentang homestay di ktt nie mcm mne ..jauh ke tak dari kolej and then berapa orang dalam satu homestay and ada meja belajar ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. pertama sekali tahniah sebab dapat sambung belajar kat sini. boleh. biasanya, pelajar yang baru daftar, KTT akan tempatkan di rumah dalam kawasan kolej atau rumah luar dari kawasan kolej iaitu kat taman kenanga contohnya atau taman perumahan yang berdekatan. kalau rumah kat taman kenanga tu, ia dekat sangat dengan kolej sehinggakan awak boleh jalan kaki ke kelas tiap-tiap hari. kalau jalan kaki tak lenggang kangkung, dalam 5 minit je dah boleh sampai ke kelas. biasanya dalam 10 orang atau lebih. max 12 orang kot. meja belajar ada disediakan satu sorang. tapi privacy tu takda la sangat sebab meja belajar semuanya diletakkan di ruang tamu. kalau awak jenis yang study senyap, saya sarankan awak tinggal di apartment dalam kawasan kolej sebab 1 rumah dalam 4 orang sahaja. kalau kawan-kawan bising pun, takde la tension sangat. mwehehe.

      Delete
  10. boleh tak tolong bagi penerangan kepada saya sebab ,,sebelum2 nie saya dah kena tertipu dengan sebuah kolej yang tempat belajarnya best,,padahal tak bagus pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh. yeke. pada pendapat saya la kan, baik awak datang sendiri dulu ke KTT ni sebelum daftar. tengok macam mana rupanya dan survey sikit-sikit kemudahan yang disediakan di kolej ni. kalau dalam bab pelajaran, saya boleh kata KTT ok. semua lecturers yang baik baik dan bagus-bagus. saya sangat syorkan awak datang sendiri dulu ke kolej ni sebab nak tengok samada environment kat situ ok tak bagi awak.

      Delete
  11. boleh terangkan tak macam mne dengan pembayaran yuran pengajian n homestay? kalau ambil kos yang under UTM nnti konvo at UTM ke?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh. Untuk pertanyaan macam tu, saya sarankan adik call ktt kat talian ni 03-87060181 atau 03-87060184 atau 03-87060185. Kat situ, adik boleh tanya semua dan dapat jawapan yang telus dan cepat sebab saya tak berani nak cakap. Mwehehe. Harap membantu.

      Delete
    2. okk..terima kasih atas kerjasamanya

      Delete
  12. Assalamualaikum.. saya bakal masuk ktt ni bulan depan. nak tanye sikit, stesen bas yang terdekat di mana? terima kasih..

    ReplyDelete
  13. stesen bas dekat dataran nilai

    ReplyDelete
  14. sy nk tnye kalau diploma nursing wajib math credit ke spm

    ReplyDelete
  15. Salam sy nk tny.kt mana bole dptkn buku a level dkt ktt.ade number ucle beh tu x? Tq

    ReplyDelete
  16. Salam..
    Yuran die cmner??
    Mhal x??
    Tmpt die ok x??
    Tiap2 bln dpt elaun bper??
    kne sewa rumah x??
    Tmpt bljr die dkt x dgn rumah sewa/ostel??

    ReplyDelete

SMS/WhatsApp 019 495 1082 untuk pertanyaan mengenai pembelian produk Shaklee dan untuk mendapat response yang lebih pantas!

emo-but-icon

Home item

Nak beli Shaklee Harga Ahli? Click sini

Follow by Email

Shaklee Independent Distributor

Shaklee Independent Distributor
Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya :)

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kg Dalam Rhu, Pasir Puteh, Kelantan.
(Shaklee ID : 1003456)

Cash On Delivery (COD) sekitar Pasir Puteh, Kelantan dan Besut, Terengganu.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink.

Kepakaran saya adalah membantu kawan-kawan mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik dengan mengamalkan produk kesihatan dan kecantikan supaya dengan izin Allah, hidup anda akan lebih berharga.

Setiap pembelian dari saya, anda layak mendapat keistimewaan seperti :-

- Jadual Makan Vitamin

- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group 'exclusive' di Facebook

- Peluang menjana side income bersama Shaklee
- Tips exclusive

SMS/WhatsApp :-

Amir & Hawa
+6019-495 1082

'If you think wellness is expensive, try illness'

PROMOSI BULAN INI

PROMOSI BULAN INI
SMS/WHATSAPP 019 495 1082

VITAMIN LOVERS

Bagaimana Cara Nak Order

Bagaimana Cara Nak Order