Loading...

Cara Mudah Nak Tukar Nama Geran Kereta (Berbaloi Untuk Di baca)

Assalamualaikum semua

harini saya nak kongsi 1 cara mudah macam mana nak tukar nama geran kereta. biasanya nak tukar nama pindah milik ni bila kita beli kereta secondhand secara cash daripada penjual.

senang je sebenarnya sebab selama ni saya ingat susah sebab mentaliti orang kita selalu fikir susah susah susah. nampak tak? bila orang kita duk focus kata susah susah, benda senang pun akan rasa susah.

saya ringkaskan terus ye.

STEP 1 : owner/pembeli kena pergi ke puspakom yang terdekat dulu untuk buat inspection. kalau boleh, call dulu centre yang kita nak pergi tu. macam saya, saya call puspakom kuantan dan bagitau dia yang saya nak buat appointment untuk inspection kereta sebab nak tukar nama kat geran kereta tu. ingat! kena bawak geran kereta yang asal tau. yang pergi tu tak kisahlah owner/pembeli. tak kisah sesape pun.

nanti die akan bagi kita booking number. setel tu je. lepas tu just pergi ke puspakom, bayar rm31.80 sen untuk cas inspection tu. tunggu 1 jam. result akan keluar pada hari yang sama. tunggu situ je. scroll-scroll faceboook 1 jam tak terasa lama pun hihi. kalau lulus alhamdulillah. kalau tak, anda kena bayar rm31.80 sekali lagi dan kena buat sekali lagi. result lulus macam kat gambar bawah ni.


STEP 2 : bila result puspakom kata lulus, cepat cepat bagitau owner untuk die pergi ke JPJ terdekat dengan rumah die untuk cop biometric (ibu jari). owner tak perlu bawak apa-apa pun, cuma I/C orginal die je & maklumat details pembeli iaitu nama, alamat rumah, ic dan no hp je sebab owner kena isi borang pindah hak milik masa kat JPJ nanti. pembeli tak pergi pun takpa tapi asalkan result puspakom cakap dah lulus. 

selepas owner dah setel buat step 2 ni, owner kena cepat cepat inform pembeli untuk pembeli buat cop ibu jari jugak. bila pembeli dah tahu yang owner dah buat cop jari dan dah setel urusan die kat JPJ tu, saya nasihatkan pembeli pergi beli insuran kereta dulu sebelum pergi ke JPJ. cakap kat syarikat insuran tu, saya nak buat insuran baru kat kereta tu atas nama saya (pembeli) dan tarikh insuran berkuat kuasa tu adalah pada hari kita buat insuran tu. masa ni, kena bawak geran asal tau.

owner kena bagitau pembeli cepat-cepat sebelum 7 hari selepas owner buat cop jari dan pembeli kena pergi JPJ cepat cepat dalam masa 7 hari selepas owner cop jari die. kalau lebih 7 hari, owner kena buat balik cop jari tu sebab dalam system ianya dah terbatal sebab gap masa macam lama sangat. bahkan kalau owner selesai buat cop jari kat JPJ KL pukul 9 pagi, pembeli yang berada di kelantan terus boleh pergi ke JPJ terdekat pada pukul 9.05 minit pagi pada hari yang sama jugak sebab rekod dah valid dalam system. senang kan?

STEP 3 : bila owner dah setel buat part die, pembeli pulak kena pergi ke JPJ berdekatan dengan rumah pembeli untuk cop biometric (ibu jari). pembeli pun kena isi borang pindak milik jugak. pembeli kena isi detail penjual seperti nama, alamat, ic die dan no hp. selepas setel part pembeli ni, automatic roadtax + insuran (owner lama) terbatal! sebab tu saya nasihatkan buat insuran dulu sebelum pergi ke JPJ sebab nanti terus boleh buat roadtax baru.

bila dah terbatal roadtax owner lama, insurans baru yang kita beli tu akan kembali jadi 0% NCD tau. mahal lah sikit insurans nya. pastu cakap kat kakak kat kaunter JPJ tu, kata yang anda nak buat roadtax baru. anda bagi lah kertas insurans baru yang anda dah buat tu kat die supaya die boleh buat roadtax baru sebab kat malaysia ni, kalau nak hidupkan roadtax, kita kena wajib beli insuran kereta.

kalau kat oversea masa saya duk dulu, kalau nak ada I/C wajib kena beli insuran hayat hehe. nampak tak yang kat malaysia ni kereta lebih di utamakan? hihihi gurau je :p

inspection puspakom = rm31.80
kos tukar nama = rm100
roadtax = rm20-rm400 (bergantung pada kereta)
insurans = rm700-rm2000 (bergantung pada kereta)

boleh kata, kena sediakan dalam rm1k hingga 2k jugak lah. jelas tak? senang kan? owner dan pembeli tak wajib pun pergi JPJ sama-sama tapi wajib berkomunikasi lah antara satu sama lain. bila part owner dah setel, part pembeli pulak kena buat. ianya kena ikut turutan tau. buat step 1 dulu, lepas tu step 2 then akhir sekali step 3. senang kan? 3 step je cara nak tukar nama kereta.

Terima kasih semoga bermanfaat :)

Catatan Peribadi 3551464255093301801

Post a Comment

  1. ASM. TK atas maklumat. Sangat berguna dan mudah difahami. TK sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. Tq bro.. Artikel yg sgt2 berguna

    ReplyDelete
  3. thanks bossss. simple tapi padat.

    ReplyDelete
  4. Jika sy & penjual nk buat semua urusan ni bagi complete dlm 1 hari je bole ke?

    ReplyDelete
  5. Info padat dan berguna.
    Amat membantu...

    ReplyDelete
  6. So mkna nya klau pembeli bru renew insurans n roadtax,blh terus proses utk pertukaran nama??mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kne tunggu roadtax insurance nma owner lama habis la ..kn nk tukar Nama baru..klau Tk rugi...byk duit xdehal...

      Delete
  7. Amat2 membantu...t.kasih sahabat...semoga Allah permudahkan urusan kamu

    ReplyDelete
  8. salam..tetapi bagaimana pulak kalau pemilik kenderaan tersebut engan sain d jpj atas alasan masih ada saman yg belum jelas..sedangkan saman tersebut atas nama dan no ic orang lain...

    ReplyDelete
  9. Ok kalau pembeli Dah selesai inspection dapat keputusan lulus penjual kena tunjuk ker keputusan tu kat jpj tempat penjual pergi tu

    ReplyDelete
  10. Salam.. kalau kereta yang nak buat puspakom n jpj tu insuran n roadtax dah mati mean boleh diuruskan jugak ke? apa yang saya faham nanti pembeli kena buat insuran baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. puspakom & tukar nama xperlu rotex & insuran hidup.

      Delete
  11. kalau kita tak beli insuran still boleh tukar nama tak?

    ReplyDelete
  12. salam tuan nak tanya sy skrg guna kereta arwah ayah sy last utk tukar name bulan 2 2017 ni.sy guna wira 1.5 manual tuan rase dlm berapa kos?ade yg ckp seribu.harap dapat membantu.terima kasih

    ReplyDelete
  13. Siapa yg sambung bayar kereta lepas tu?xde cakap pun?ke nama je tukar tp owner lama continue bayar?

    ReplyDelete
  14. Siapa yg sambung bayar kereta lepas tu?xde cakap pun?ke nama je tukar tp owner lama continue bayar?

    ReplyDelete
  15. Boleh tak kalau pembeli itu berumur 12 tahun (Sudah mempunyai My Kad)? Adakah nama pembeli yg berumur 12 tahun layak untuk memiliki kenderaan? Atau apakah syarat minimum umur bagi pembeli?

    ReplyDelete
  16. penjual kena bayar apa2 x ?

    ReplyDelete
  17. salam, maaf mengganggu,.. sy nak tanye..
    step 2 selepas owner buat cop jari.. kita kene pergi buat insurans kan..??
    bila kit dah buat tu.. kita boleh teruskan ke step 3..
    bila dah terbatalnye insurans dan roadtax owner.. adakah sy kene buat insurans baru dgn 0% NCD tu.. dan ape yg terjadi kepada insuran kereta yg sy buat pd step 2 tadi.. sy agak keliru..

    ReplyDelete
  18. Nak tanya kalau motor boleh buat cmni gak ke

    ReplyDelete
  19. Kalau beli kereta yg telah diubahsuai macamne pulak.. blh tukar nama ke?

    ReplyDelete
  20. MUDAH DI FAHAMI DAN RINGKAS.sangat berguna

    ReplyDelete
  21. Senang la sgt.. berapa kali nk kena cop jari da..

    ReplyDelete
  22. salam..kalau kita tukar nama pemilik, roadtax n insuran owner akan terbatal kan..kalau saya sebagai pembeli tak beli lagi insuran baru, boleh ke proses penukaran hak milik dilakukan?

    ReplyDelete
  23. nak tnye klaw kite xbuat insurans dlu tpi nk uruskan pertukaran name dlu bole x tq

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum admin and sahabat semua,saya baru hendak beli kereta (mpv)..nak tanya jika saya bawa knderaan utk inspection and lulus,bila pergi jpj bsama owner untuk tukar nama,boleh tak jika saya mahu tukar nama sahaja?roadtax and insuran saya buat kemudian means 2-3 bulan selepas itu cz kekurangan budjet..tlg reply segera..

    ReplyDelete
  25. nak tanya admin..
    sekarng owner dan pembeli kne g kaunter jpj sekli kan?
    ke still pembeli xperlu pergi.
    sbb tye kunter jpj, pembeli dan owner kne g jpj..

    ReplyDelete

SMS/WhatsApp 019 495 1082 untuk pertanyaan mengenai pembelian produk Shaklee dan untuk mendapat response yang lebih pantas!

emo-but-icon

Home item